QADHA' RAMADAN DAN FIDYAH

QADHA’ RAMADAN SELEPAS TIBA RAMADAN YANG BARU.

Sebahagian Imam berpendapat bahawa jika berlalu Ramadan kemudian datang pula Ramadan yang baru, sedangkan puasa Ramadan yang dulu belum lagi diganti, maka wajiblah dia qadha’ dan bayar fidyah, iaitu memberi makan orang miskin satu mud untuk satu hari, jenis makanan yang biasa dimakan oleh penduduk negerinya, dan satu mud itu sama dengan setengah kilogram lebih.


Itu adalah menurut mazhab Syafi’eyah dan Hanbaliyah, berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan dari beberapa orang Sahabat R.A.

Sebahagian Imam-imam yang lain berpendapat hanya wajib qadha’ dan tidak wajib bayar fidyah.

Al-Syeikh Bin Baz bependapat bahawa jika tidak menqadha’ puasa sebelum Ramadan yang baru tiba disebabkan sakit atau yang seumpamanya, maka cukuplah dengan mengqadha’ sahaja, tetapi jika sesorang itu tidak mengqadha’ sebelum ketibaan Ramadan yang baru itu kerana anggap mudah sedangkan dia tidak sakit, maka wajib ke atasnya qadha’ dan fidyah. (www.binbaz.org. sa/mat/13655)

Yusuf Al-Qaradawi berpandangan lain : “ Mengqadha’ puasa adalah wajib, adapun bayar fidyah, jika dilakukan adalah baik, dan jika tidak dilakukan maka tiadalah mengapa Insya Allah, kerana tiada dalil yang sahih datang dari Rasul saw. mengenai hal ini. (www.al-qaradawi.net)

Comments :

0 comments to “QADHA' RAMADAN DAN FIDYAH”

Post a Comment