Zakat fitrah tidak berubah, kerana ia sudah ditentukan dengan ukuran syara’, ukuran itu ialah satu SHA’ (الصاع), yang telah ditentukan sendiri oleh Rasul Sallallah ‘alaihi wa sallam.
Hikmahnya, menurut pandangan saya (Al-Qaradawi) ialah disebabkan dua perkara:
Pertama: Wang adalah suatu yang sangat mahal bagi orang arab, khasnya orang badawi, seandainya bila dikatakan kepada mereka “Bayarlah beberapa dirham atau beberapa dinar” nescaya mereka tidak akan membayarnya sedikitpun, tidak ada pada mereka selain makanan yang masyhur di kalangan mereka, seperti tamar, anggur kering, gandum atau yang lain-lain yang biasanya menjadi makanan utama bagi mereka ketika itu. Inilah yang menyebabkan Nabi Sallallah ‘alaihi wa sallam menentukan kadar zakat fitrah dengan SHA’ (الصاع) .
Kedua: Nilai beli wang berubah-ubah dari semasa ke semasa, kadang-kadang kita dapati nilai Riyal menurun, begitu juga daya belinya pun sangat rendah, sementara pada masa yang lain nilai belinya naik di pasaran. Hal ini boleh menjadikan kadar zakat dengan wang akan menjadi turun naik dan tidak stabil. Oleh sebab itu Nabi Sallallah ‘alaihi wa sallam menentukan kadarnya dengan SHA’ (الصاع) yang tidak berubah. Satu sha’ ini cukup untuk mengenyangkan satu keluarga dengan makanan yang biasa.
Rasul Sallallah ‘alaihi wa sallam menentukan makanan yang masyhur pada masanya bukanlah sebagai suatu batasan yang mutlak. Oleh sebab itu para ulama berpandangan bahawa mengeluarkan zakat daripada makanan kebanyakan (orang ramai) di negeri itu adalah boleh, samada gandum, beras, atau yang lainnya.
Satu sha’ lebih kurang dua kilogram makanan, dan boleh juga membayarnya dengan nilai wang menurut mazahab Abu Hanifah.
Jika seseorang itu kaya / senang maka yang lebih afdal ialah membayar lebih daripada harga satu sha’, kerana makanan pada masa ini tidak hanya terhad dengan nasi sahaja umpamanya, tetapi nasi biasanya dimakan dengan daging, gulai, sayur dan buah-buahan serta yang lain-lain. والله أعلم .
ZAKAT FITRAH BERUBAH
sabili, 26 September 2009
Labels:
Al-Qaradawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Comments :
Post a Comment