Islam telah mengharamkan patung dan segala yang berjisim, selama ia patung bagi jenis yang hidup, manusia atau binatang, dan haramnya bertambah berat lagi jika ia adalah patung bagi suatu makhluq yang dianggap agung (diagungkan) seperti raja, nabi seumpama Isa atau Maryam, ataupun patung tuhan wasaniyah seperti lembu, bahkan haramnya lebih besar lagi, sehingga boleh membawa kepada kekufuran atau dekat dengan kufur, dan siapa yang mengingkarinya adalah kafir.
Islam sangat mengambil berat bagi memelihara aqidah tauhid, maka segala hal yang merosak aqidah tauhid, pintu-pintunya mestilah ditutup.
Memang ada sebahgian orang berpendapat : Bahawa itu (dilarang) pada zaman dahulu, pada masa wasaniyah dan menyembah berhala, sekarang ini sudah tiada lagi wasaniah dan menyembah berhala.
Pendapat ini tidak benar, sebab sekarangpun masih ada orang yang menyembah berhala, menyembah lembu dan kambing. Mengapa kita mengingkari realiti?. Di Eropah ramai orang masih wasaniah, peniaga mereka menggantung sesuatu, seperti ladam kuda ditempatnya, atau meletakkan sesuatu dalam keretanya. Jadi orang ramai masih percaya dengan khurafat-khurafat, sebab aqal manusia masih ada kelemahan dan kadang-kadang masih menerima perkara-perkara yang tak logik, bahkan di kalangan orang yang terpelajar sekalipun masih ada terikut pada perkara sangat bathil yang sama sekali tidak dapat diterima akal walaupun orang bodoh.
Jadi Islam sangat berhati-hati, dan mengharamkan segala unsur yang boleh membawa kepada wasaniah atau bau wasaniah, oleh sebab itulah Islam mengharamkan patung.Patung orang-orang Mesir zaman purba adalah dari jenis ini.
Mungkin ada sebahagian orang menggantung patung tadi sebagai azimat (tangkal), seperti ada yang menggantung kepala Nefertiti (seperti gambar di bawah ini) atau seumpamanya bagi menghalang perbuatan dengki orang lain atau menghalang gangguan jin atau sihir.
Dalam hal ini dosa (haram) jadi berganda, sebab pertama haram memakai tangkal dan kedua haram memakai patung.
Patung tidak dibolehkan sama sekali kecuali permainan kanak-kanak sahaja, adapun selainnya adalah haram, maka setiap muslim wajiblah menghindarinya.
Wa Allah A’alam.
Diterjemah dari: http://www.qaradawi.net
APA ADA PADA PATUNG
sabili, 19 July 2009PUASA 27 RAJAB ??
sabili,الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين،وبعد
Di antara puasa yang diharamkan adalah puasa yang dicipta manusia dengan hawa nafsu mereka, yang tidak disyariatkan oleh Allah dan Rasul Sallallah Alaihi Wa Sallam dan tidak pernah diamalkan oleh Khulafa’ Al-Rasyidin Al-Mahdiyyin, dan tak seorangpun di kalangan Imam-Imam Al-Huda.
Di antaranya adalah puasa 27 Rajab yang dianggap sebagai hari malam Israk dan Mikraj Nabi Sallallah Alaihi Wa Sallam. Sebahagian orang mempuasakan hari tersebut kerana menganggapnya termasuk Hari Kebesaran Islam dan merupakan nikmat Allah SWT yang agung yang diberikan kepada Nabi Sallallah Alaihi Wa Sallam, maka wajiblah ia diingat dan disyukuri, dan nikmat Allah kepada Nabi Sallallah Alaihi Wa Sallam adalah nikmat ke atas seluruh individu ummatnya, maka mensyukurinya adalah wajib ke atas mereka, salah satu tanda kesyukuran itu ialah dengan melaksanakan puasa pada hari-hari yang mempunyai nilai sejarah yang besar itu. (menurut anggapan mereka)
Semua ini bukanlah merupakan dalil untuk mensyariatkan puasa. Sesungguhnya Allah telah menyuruh muslimin sekalian mengingat nikmat-nikmat yang banyak yang telah diberikan kepada mereka, umpamanya, firman Allah SWT sempena peperangan Al-Ahzab:
“Wahai orang yang beriman ingatlah nikmat Allah ke atas kamu, ketika datang kepadamu bala tentera maka kami kirimkan untukmu angin dan tentera (dari kalangan Malaikat) yang kamu tidak melihatnya”
(Q.S.Al-Ahzab:9) dan banyak lagi yang lain.
Ibnu Al-Qayyim mengatakan di dalam kitab Zad Al-Ma’ad dari gurunya Syeikh Islam Ibn Al-Taymiyyah: “Tidak diketahui dari seorang muslimpun yang menjadikan malam Israk dan Mikraj mempunyai fadhilat (kelebihan) dari malam-malam yang lain, dan tidak ada juga diketahui dari kalangan para Sahabat dan Tabi’in yang mengistimewakan malam Israk dan Mikraj itu dengan satu acara apapun ataupun dengan cara mengingatinya, sekalipun Israk dan Mikraj itu adalah merupakan sebahagian kelebihan Baginda Rasul Sallallah Alaihi Wa Sallam, tidak ada dalil yang diketahui, baik bulannya atau sepuluh harinya atau hari yang sebenarnya, bahkan riwayat mengenainya terputus-putus dan berbeza-beza, tiada yang pasti, dan tidak disyariatkan bagi orang Islam mengistimewakan malam tersebut dengan melakukan qiyam al-lail atau yang lain seumpamanya” (Zad Al-Ma’ad:I/57-58)
Lagi pula, tiada dalil yang sahih mengenai malam ke 27 Rajab itu benar-benar sebagai malam Israk dan Mikraj, walaupun telah masyhur di kalangan ramai. Wa Allah A’alam.
(diterjemah dari web site DR.Yusuf Al-Qaradawi :http://www.qaradawi.net/
MUKJIZAT AL-QURAN
sabili, 18 July 2009
Tahukah anda ?
Laut (Al-Bahr) disebut di dalam Al-Quran secara bersendirian sebanyak 32 kali.
Darat (Al-Bar) pula disebut secara bersendirian 13 kali.
Sebutan Laut dan Darat secara bersamaan adalah jumlah 32+13 iaitu 45 kali.
Sekarang mari kita cari peratus jumlah kedua-dua laut dan darat itu.
Bilangan laut : 32/45 x 100% = 71%
Bilangan darat: 13/45 x 100% = 29%
Nah, tahukah anda bahawa 71% itu adalah peratusan keluasan laut, dibandingkan dengan peratusan darat adalah 29% menurut ahli sains (www.nasa.gov). Subhana Allah....
Betullah sebagaimana yang dikatakan orang bahawa air laut adalah sebagai aircond bagi semua makhluq hidup di atas darat, jadi keluasannya mestilah lebih dari darat.
Memanglah, sebab ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi serta hendak menciptakan manusia di atas bumi ini, Allah SWT pun terus menciptakan air di dalam bumi yang menjadi sumber kehidupan manusia dan semua makhluq hidup yang ada di sekelilingnya. Allah berfirman :
أولم ير الذين كفروا أن السموت والأرض كانتا رتقا ففتقنـهما، وجعلنا من الماء كل شيئ حي، أفلا يؤمنون
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak juga beriman?” (Q.S.Al-Anbiya’:30)
Air adalah inti kehidupan, tanpanya nescaya tidak ada kehidupan di muka planet ini. Jadi bukanlah secara kebetulan Allah mencipta lautan lebih luas dari daratan, tetapi sungguh kerana Allah bersifat Al-Hakim Maha Bijaksana.
AKHLAQ ISLAM
sabili,Akhlaq Islam dan kewajipan berakhlaq dengan akhlaq Islam adalah perkara yang sangat penting diketahui oleh seorang muslim.
Akhlaq ialah muamalah (interaksi) individu-individu, sedangkan Islam adalah agama muamalah.
Islam yang hanif (lurus) ini bukan hanya sekedar tata cara ibadat ritual atau sekedar teori pemikiran. Tetapi Islam adalah din yang amali dan tanfizi (praktikal dan pelaksanaan).
Ibnu Mas’ud r.a. ada mengatakan: “Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk diamalkan bukan sekedar untuk dibaca-baca.”
Kehidupan moden sekarang banyak membuat manusia lupa kepada akhlaq Islam, seperti Itsar (mendahulukan orang lain), afwu (memaafkan orang) tasamuh (mudah), sabr (sabar) dan lain-lain. Bahkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang merupakan sendi akhlaq Islam ini telah banyak tersadai dan terasing dari kehidupan kebanyakan masyarakat Islam, dengan kata lain, orang Islam berada di satu lembah dan akhlaq Islam berada di lembah yang lain, padahal mereka masih mengerjakan solat, puasa, hajji dan ibadat yang lain. Lebih aneh dan ajaib, ada seorang bergelar alim dalam ilmu islam, berzikir siang dan malam dengan jumlah yang sangat banyak,tapi sikap menabur fitnah, dengki dan yang sewaktu dengannya masih menjadi amalan biasa baginya. Mereka masih tidak mampu menonjolkan roh (spirit) Islam yang terkandung di dalam akhlaq Islam itu.
Hal ini terjadi disebabkan mereka tidak memahami Islam itu secara syumul (menyeluruh), mereka memahaminya dari sudut pandang yang sempit. Mereka beranggapan bahawa Islam itu hanya terbatas di masjid, solat, zikir, nikah kahwin, acara berkhatan dan yang seumpama dengannya. Tanpa menghubungkan Islam itu dengan persoalan makan, minum, berpakaian, bekerja, berjual beli, berjiran, bermasyarakat,muamalah dan lain-lain sebagainya. Pada hal jika kita telaah Al-Quran kita dapati ayat yang terpanjang sehingga satu muka surat adalah ayat muamalah iaitu Surah Al-Baqarah: 282.
Bahkan Rasul Sallallah Alaihi Wa Sallam diutus "Hanya untuk menyempurnakan akhlaq mulia" (Majma' Al-Zawaid:9/18)
Umar r.a ada mengatakan: “Jangan hukum seseorang itu kerana pandai membaca Al-Quran, tetapi lihatlah orang itu kerana pandai mengamalkannya”
Kita selalu melihat ramai orang tidak mampu menterjemahkan sabda-sabda Rasul Sallallah Alaihi Wa Sallam dalam kehidupannya, seperti sabdanya Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Sambunglah (silatur rahim) orang yang memutuskannya”, “Berilah orang yang tidak mau memberimu”, “Maafkanlah orang yang menzalimimu” "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan jirannya", "Kebersihan sebahagian daripada iman", dan yang seumpamanya.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa sifat-sifat tersebut sebagai lambang kelemahan. Pada hal sejarah telah membuktikan bahawa sifat-sifat tadi malah membuat seseorang menjadi izzah (berwibawa).
Allah berfirman:
“Dia (Yusuf) berkata: “Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu) dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Q.S.Al-Ahqaf:35)
“Jadilah engkau pemaaf dan serulah orang-orang mengerjakan ma’ruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh” (Q.S.Al-A’raf:199)
APA ITU AKHLAQ?
Akhlaq ialah “Himpunan suluk (tingkah laku) yang dijadikan asas pergaulan individu atau masyarakat”. Sedangkan akhlaq dalam Islam ialah “Himpunan aturan dan prinsip-prinsip yang mengatur suluk insani yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur kehidupan manusia dengan aturan yang baik untuk mencapai tujuan keberadaannya di dunia ini secara sempurna” (DR.Miqdad Yaljen, Jawanib Al-Tarbiyah Al-Islamiyah Al-Asasiyah:287)
Jadi akhlaq Islam adalah “Himpunan perilaku dan suluk terpuji yang terbit dari individu Muslim dengan tujuan memperoleh ridha Allah SWT”.
Kerana itu akhlaq dapat membentuk perilaku seseorang dan masyarakat. Akhlaq Islam sepenuhnya bersumber dari Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala yang baik bagi manusia. Sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan perwujudan dari seluruh akhlaq. Kerana itu Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam Adalah satu-satunya uswah (idola) yang mesti diteladani oleh manusia. Setiap manusia Muslim wajib menjadikan akhlaq Islam sebagai suluk.
ISLAM MANHAJ HAYAT DAN SULUK
Islam bukan agama kahanut yang menyeru manusia mengasingkan diri dan melakukan ruhbaniyah serta tenggelam di alam keghaiban, jauh dari kenyataan hidup serta berpaling dari persoalan kemasyarakatan dan kenyataan yang dihadapi. Islam bukanlah ajaran yang menjadikan manusia berbeza darjat dan berkasta-kasta disebabkan keturunan. Sehingga, seseorang menjadi terhormat dan yang seorang lagi menjadi hina hanya kerana keturunannya.
Islam adalah din, manhaj kehidupan, pola berfikir, gaya perilaku dan uslub kehidupan yang berasaskan keyakinan yang khas dan konsef yang jelas bagi kehidupan.
Islam sebagai manhaj hayat berbeza dengan agama lain, keseluruhan atau bahagian-bahagiannya; berbeza dengan falsafah hidup lain dari sisi teori umum tentang tabiat kemanusiaan dan apa yang sepatutnya dilakukan terhadap kehidupan manusia yang sesuai dengan fitrah, tujuan diciptakan serta sesuai dengan kehidupan akhirat yang akan ditempuhnya.
Islam berbeza dengan seluruh manhaj hayat dan suluk lain. Kerana Islam telah menentukan semua tuntutan dan keperluan asas manusia dan membahagikannya secara seimbang dan adil. Semua keperluan rohani, aqli dan jasmani dipenuhi dengan seimbang dan adil, sehingga manusia yang dididik dalam suasana keislaman akan menjadi hamba Allah murni.
Kerana itu sesiapa yang mengatur hidupnya dengan manhaj Islam, akan hidup bahagia, berbeza dengan sesiapa yang mengatur hidupnya dengan manhaj hidup lain, dia akan sengsara di dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman:
“Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi menjadi musuh sebahagian yang lain, maka jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, dia tidak akan celaka” (Q.S.Thaha:123)
KEPENTINGAN AKHLAQ DALAM KEHIDUPAN
Manusia adalah makhluq bermasyarakat (zon politicon) yang tidak dapat hidup bersendirian. Kerana itu manusia sangat memerlukan komunikasi dan hubungan kerja sama dalam kehidupannya bersama orang lain. Hal ini menghendaki adanya nilai-nilai untuk mengatur tingkah laku individu dan perwujudan akhlaq terpuji itu di dalam diri masing-masing pribadi yang diterima sepenuhnya dan diredhai bersama.
Allah berfirman:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Q.S.Al-Hujurat:13)
Allah sebagai Pencipta manusia sangat mengetahui keadaan dan segala sesuatu yang diperlukan manusia, serta apa-apa yang baik bagi kehidupan dan kemuliaannya. Hal ini sejalan dengan ketetapan Allah SWT dalam memuliakan Bani Adam. Kerana itu Dia menurunkan kitab-kitab-Nya, yang di antara kandungannya ialah ajaran mengenai akhlaq mulia yang sangat diperlukan oleh manusia, baik bagi kepentingan individu ataupun bagi masyarakat.
Di antara Kitab-kitab Allah tersebut, diturunkan pula kepada Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wa Sallam. Baginda Sallallah Alaihi Wa Sallam sebagai Rasul terakhir memiliki akhlaq yang agung.
Firman Allah SWT:
“Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung”
(Q.S.Al-Qalam:4)
IBADAH HAJJI
sabili, 17 July 2009Semua ibadah yang diperintahkan kepada manusia adalah semata-mata datang dari Syari’ (Yang Membuat Syari’at). Seandainya tidak ada wahyu yang menerangkan ibadah tersebut tentu kita tidak akan dapat melaksanakannya sesuai dengan kehendak syara’.
Misalnya sembahyang lima waktu, bilangan rakaat, waktu dan cara pelaksanaannya, semua hal tersebut hanya agama sahajalah yang berhak menerangkannya.Oleh sebab itu Rasul Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda:"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang" (H.R.Al-Bukhari). Begitu juga ibadah-ibadah yang lain cara dan tertib pelaksanaannya tidak boleh ditentukan oleh akal fikiran dan kehendak manusia.
Itulah erti ibadah yang tercakup dalam firman Allah SWT:
الذين آمنوا وعملوا الصالحات
Ertinya : “Mereka yang beriman dan beramal soleh”
Ayat ini diulang sebanyak tujuh puluh kali di dalam Al-Quran, menunjukkan pentingnya amal soleh itu didasari oleh keimanan (ikhlas) yang hanya mengikut arahan dan pesanan Allah semata.
Jadi ibadah yang ditetapkan syara’ , bilangan ataupun caranya mestilah kita terima mengikut apa adanya. Kita tidak boleh mencampurnya dengan menambah atau menguranginya.
Mempermainkan perkara ibadah, baik bentuk ataupun caranya akan menghilangkan erti ibadah itu sendiri, bahkan hal itu akan membuka peluang yang besar kepada orang yang sudah rosak untuk mengambil faedah dari ibadah-ibadah itu bagi kepentingan individunya.
Dalam hal ibadah haji juga demikian, Rasul Sallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: "Ambillah manasik kamu daripadaku" (Fath Al-Bari:3/675) bahkan akibatnya lebih parah lagi jika ibadah ini rosak dan tidak diterima oleh Allah SWT, pahala tak kunjung datang, tenaga dah banyak hilang, duitpun banyak melayang. Yang diharap hajji mabrur, tapi yang dapat hajji kabur. Wal ‘Iyazu Billah.
Di sini saya cuba memberi panduan kepada kita semua beberapa kesilapan yang selalu berlaku semasa mengerjakan ibadah haji yang saya terjemah dari laman web: http://www.ibnothaimeen.com
(I) IHRAM DAN BEBERAPA KESALAHAN SEWAKTU MELAKUKANNYA
Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam-Imam hadis yang lain telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi Muhammad (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) “telah menetapkan miqat penduduk Madinah ialah Zu Al-hulaifah, miqat penduduk Syam ialah Al-Juhfah, dan miqat penduduk Yaman ialah Yalamlam” seterusnya Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda “tempat-tempat tersebut adalah miqat bagi penduduk yang menetap padanya dan orang-orang yang melaluinya”.
Sebagaimana ada riwayat dari Aisyah r.a bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) “telah menetapkan miqat penduduk Iraq ialah Zat ‘Irqin”. (H.R.Abu Daud dan Al-Nasai)
Dan juga diriwayatkan dalam dua kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim hadis Abudullah Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda: “Penduduk Madinah bertalbiyah dari Zu Al-Hulaifah, penduduk Syam dari Al-Juhfah dan penduduk Najd dari Qarn (Qarnul Manazil)” (Al-Hadis)
Maka miqat-miqat yang telah ditetapkan oleh Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ini adalah batas-batas Syara’ yang mutlaq yang diwarisi dari Syari’ (Yang Menetapkan Syara’) yang tidak boleh diubah, dilanggar atau dilalui tanpa berihram oleh sesiapa yang hendak menunaikan haji atau umrah, dan sesiapa yang berbuat demikian (mengubah dan melanggar ketetapan miqat) maka dia telah melanggar batas-batas Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Firman Allah :
" ومن يتعد حدود الله فأولئـك هم الظلمون "
“ Dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim ” (Q.S.Al-Baqarah : 229)
Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dalam hadis Ibnu Umar r.a. di atas “Penduduk Madinah bertalbiyah dari Zu Al-Hulaifah, penduduk Syam dari Al-Juhfah dan penduduk Najd dari Qarn (Qarnul Manazil)” walaupun lafaznya berbentuk berita tetapi bermaksud perintah.
Oleh kerana itu, sesiapa yang melalui jalan darat dan melalui miqat tersebut atau tempat yang sejajar dengannya, hendaklah dia turun dan melakukan hal-hal yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang hendak berihram, seperti mandi, memakai bau-bauan di badannya, memakai pakaian ihram dan berniat ihram sebelum meninggalkannya.
Begitu juga yang melalui jalan laut, jika kapal berhenti pada tempat yang sejajar dengan miqat, hendaklah ia melakukan perkara-perkara tadi semasa kapal berhenti dan berniat ihram ketika kapal hendak berjalan. Tetapi jika kapal tidak berhenti pada tempat yang sejajar dengan miqat, maka lakukanlah perkara-perkara tadi sebelum kapal sampai di tempat yang sejajar dengan miqat dan berniat ketika kapal sudah sampai sejajar dengan miqat.
Namun bagi jamaah yang menggunakan laluan udara, hendaklah dia mandi terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat, kemudian memakai bau-bauan di badannya dan memakai pakaian ihram sebelum pesawat berada sejajar dengan miqat dan berniat ihram jika pesawat telah menghampiri tempat yang sejajar dengan miqat kerana pesawat bergerak laju dan tidak ada peluang untuk berniat pada tempat yang benar-benar sejajar dengan miqat, bahkan tidak mengapa jika jamaah berniat awal-awal lagi sebelum itu kerana berhati-hati (ihtiyath), sebab hal yang demikian tidak mencacatkannya.
Malangnya, ada sebahagian jamaah telah melakukan kesalahan, mereka menaiki pesawat melalui miqat atau tempat yang sejajar dengan miqat tanpa berihram sehinggalah mereka sampai di Airport Jeddah, barulah mereka berihram. Hal ini bercanggah dengan apa yang disuruh oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dan telah melanggar batas-batas Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Di dalam kitab Sahih Al-Bukhari ada diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. bahawa ketika kedua-dua kota Basrah dan Kufah dikuasai, mereka bertanya kepada Umar : (Ya Amiral Mukminin, sesungguhnya Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) telah menentukan (miqat) bagi penduduk Najd ialah Qarn (Qarn Al-Manazil), tapi itu jauh dari laluan kami dan menyusahkan kami jika mesti mendatanginya), maka Umar menjawab: “Lihatlah tempat yang sejajar dengannya (dengan Qarn) di laluan kamu”. Maka Umar yang merupakan salah seorang Khulafa Al-Rasyidin yang telah menentukan miqat bagi penduduk yang tidak melalui miqat sebenar, adalah tempat yang sejajar dengannya, dan tidak ada perbezaan antara jamaah yang melalui udara atau darat.
Jadi sesiapa yang telah tersalah, dengan cara berihram dari Jeddah, wajiblah kembali ke miqat dan mesti berihram darinya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian dan terus berihram dari Jeddah (menurut pendapat kebanyakan ulama) dia wajib membayar fidyah yang disembelih di Makkah dan membahagikan dagingnya kepada orang-orang faqir dan tidak boleh memakan sebahagian dari padanya atau memberikannya kepada orang-orang kaya, kerana fidyah itu serupa dengan kaffarah.
(II) TAWAF
Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) memulakan tawaf daripada Al-Hajar Al-Aswad di Rukun Yamani bahagian Timur Baitullah, dan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) tawaf dengan mengelilingi keseluruhan Baitullah dari luar Hijr Ismail dan juga melakukan raml (berlari-lari anak dengan memendekkan langkah tanpa melompat) pada tiga tawaf pertama sahaja. Hal ini diriwayatkan pada masa pertama Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) datang ke Makkah.
Semasa tawaf Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) juga melakukan Istilam (menjabat) Al-Hajar Al-Aswad dan menciumnya, atau Istilam dengan tangannya dan mencium tangannya, ada juga Baginda melakukan Istilam Al-Hajar Al-Aswad dengan tongkatnya dan mencium tongkat tersebut sewaktu Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam)tawaf dengan menunggang unta. Pernah pula Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) hanya memberi isyarat ke arah Al-Hajar Al-Aswad sewaktu melaluinya. Di samping itu ada juga riwayat yang mengatakan Baginda ada melakukan Istilam pada Rukun Yamani.
Perbezaan cara-cara Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melakukan Istilam itu hanyalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang mudah dilakukan (Wa Allahu A’lam) maka apa yang mudah Baginda lakukan itulah yang dia lakukan, kerana semua yang Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) lakukan itu samada Istilam, mencium atau isyarat ke Al-Hajar Al-Aswad adalah perkara ta’abbudi (ibadah) semata-mata kerana Allah dan meng-Agungkan-Nya, bukan menganggap bahawa Al-Hajar itu memberi manfaat ataupun memberi mudarat, sebagai mana ada diriwayatkan dalam kitab Al-Bukhari dan Muslim bahawa Umar r.a. pernah mencium Al-Hajar Al-Aswad itu sambil berkata kepadanya : “Sesungguhnya aku tahu engkau adalah batu yang tidak memberi manfaat ataupun mudarat, dan kalaulah aku tidak melihat Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) mencium engkau, aku tidak akan mencium engkau”.
KESALAHAN YANG KERAP DILAKUKAN OLEH JAMAAH HAJI DARI ASPEK PERBUATAN
1. Memulakan tawaf sebelum Al-Hajar Al-Aswad, iaitu pada bahagian di antara Rukun Yamani dan Al-Hajar Al-Aswad . Ini adalah perbuatan melampau di dalam agama yang ditegah oleh Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dan jika dibandingkan ia solah-olah sama dengan perbuatan mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari yang juga telah dilarang oleh Rasul(Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam)
Adapun alasan untuk lebih ihtiyath (berhati-hati) tidak dapat diterima, kerana ihtiyath yang benar dan berfaedah ialah mengikut Syariat dan tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam).
2. Ketika orang ramai bersesak-sesak, ada sebahagian jamaah tawaf melalui Hijr Ismail. Ini adalah kesalahan yang besar yang menyebabkan tawaf tersebut tidak sah, kerana sebenarnya ia tidak tawaf (mengelilingi) keseluruhan Baitullah, akan tetapi mengelilingi sebahagian sahaja.
3. Melakukan raml (berlari-lari anak) pada keseluruhan tawaf.
4. Berasak-asak yang bersangatan untuk mencium Al-Hajar Al-Aswad yang boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak patut seperti menyakiti orang lain, memaki dan berkelahi sehingga mengakibatkan berpukulan antara satu sama lain atau mengeluarkan kata-kata kesat, tidak sepatutnya berlaku di tempat seperti ini iaitu Masjid Al-Haram Allah yang di bawah naungan-Nya. Hal ini boleh mencacatkan tawaf bahkan ibadah haji keseluruhnnya, kerana Allah berfirman :
" الحج أشهر معلومت فمن فرض فيهن الحج فلا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج "
“(Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats (mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh), berbuat fasiq dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji”. (Q.S.Al-Baqarah:197).
Lagi pula berasak-asak tersebut boleh menghilangkan rasa khusyu’ dan melalaikan orang daripada mengingat Allah, pada hal kedua-duanya adalah merupakan matlamat yang paling agung ketika tawaf.
5. Menganggap zat Al-Hajar Al-Aswad itu memberi manfaat, ada sebahagian jamaah apabila selesai melakukan Istilam, mereka menggosok-gosokkan tangan ke seluruh tubuh badan mereka atau menyapukan tangan tersebut kepada anak-anak mereka yang ada bersama. Semua ini adalah kejahilan dan kesesatan, kerana yang memberi manfaat atau mudarat itu adalah Allah sahaja, sebagaimana yang dikatakan oleh Umar r.a di atas tadi.
6. Melakukan Istilam pada semua rukun (sudut) Kaabah, bahkan sebahagian mereka Istilam dan menyapu keseluruhan dinding Kaabah. Ini juga kejahilan dan kesesatan, kerana Istilam adalah suatu ibadah yang mengagungkan Allah ‘Azza Wa Jalla, maka hendaklah mengikut dan sesuai dengan ajaran Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sedangkan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) tidak pernah Istilam kecuali pada dua Rukun Yamani (iaitu Al-Hajar Al-Aswad di Rukun Yamani sebelah Timur Kaabah dan Rukun Yamani sebelah Barat).
Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan dari Mujahid dari Ibnu Abbas r.a. bahawa dia tawaf bersama Muawiyah r.a. lalu Muawiyah melakukan Istilam semua Rukun-rukun Kaabah. Maka Ibnu Abbas berkata: “Mengapa engkau Istilam pada dua Rukun ini pada hal Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) tidak Istilam pada kedua-duanya?” Muawiyah menjawab: “Tiada yang dihalang dari pada Kaabah ini sedikitpun”. Maka Ibnu Abbas berkata : “Sesungguhnya diri Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) adalah contoh yang baik”. Lalu Muawiyah berkata : “Benarlah engkau”.
KESALAHAN YANG BERLAKU DARI ASPEK PERKATAAN (BACAAN)
Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bertakbir setiap kali mendatangi Al-Hajar Al-Aswad, dan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) membaca di antara Rukun Yamani dan Al-Hajar Al-Aswad:
" ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار "
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" (Q.S.Al-Baqarah : 201)
dan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda “Tawaf di Baitullah dan di Safa dan Marwah dan melontar Jamrah dijadikan/disyariatkan hanya untuk mengingati Allah” (H.R.Tirmizi)
Kesalahan jamaah ketika tawaf ialah mengkhususkan pada setiap keliling dengan doa yang tertentu tanpa berdoa dengan yang lain, sehingga apabila dia sudah menyempurnakan satu keliling tapi doa masih belum sempurna, dia akan segera menghentikan doa tersebut sekalipun hanya tinggal satu kalimat sahaja lagi. Hal ini berlaku kerana dia akan membaca doa yang baru bagi keliling yang berikutnya, ada juga jamaah bila doa sudah selesai sedangkan belum sempurna keliling, maka dia hanya diam sahaja.
Pada hal tidak ada dari Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) doa tawaf yang dikhususkan bagi setiap keliling. Imam Ibnu Taimiyyah ada mengatakan : (Tidak ada pada tawaf itu zikir yang tertentu dari Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) samada dengan perintahnya, perbuatannya ataupun pengajarannya, tetapi Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berdoa dengan semua doa yang dibolehkan Syariat, maka apa yang dibaca oleh kebanyakan orang doa-doa tertentu di bawah Mizab dan seumpamanya adalah tidak ada asal mulanya dari Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) )
Oleh sebab itu, bagi jamaah yang melakukan tawaf hendaklah dia berdoa dengan doa-doa apa sahaja yang dia suka untuk kabaikan dunia dan akhiratnya, dan berzikir kepada Allah dengan zikir apa sahaja yang disyariatkan seperti tasbih, tahmid, tahlil, takbir atau pun membaca Al-Quran.
Kesalahan lain ialah sebahagian jamaah membaca doa-doa yang bertulis, tanpa mengetahui maknanya. Kemungkinan ada kesalahan pada cetakan yang boleh mengubah makna dan menjadikan kepala jadi kaki, doa baik jadi doa buruk, sehingga akhirnya dia pun mendoakan kecelakaan untuk dirinya tanpa disengaja. Hal yang aneh ini memang pernah kami dengar.
Seandainya jika dia membaca doa apa sahaja yang dia suka dan faham maknanya adalah lebih baik dan lebih berfaedah untuknya, sesungguhnya pada diri Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) itu banyak teladan dan ikutan.
Di antara kesalahan lain ialah sebahagian orang yang hendak tawaf berhimpun di belakang seorang pemimpin tawaf yang membacakan doa tawaf kepada mereka dengan suara yang tinggi. Lalu jamaah pun mengikutinya dengan serentak tanpa memahami makna yang mereka baca sehingga membuat bising dan kacau dan mengganggu jamaah tawaf yang lain. Semua ini menyebabkan hilang kekhusukan bahkan boleh menenyakiti perasaan hamba-hamba Allah yang lain di tempat yang aman ini. Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) pernah menerangkan kepada orang yang sedang sembahyang dan meninggikan suara bacaan mereka dengan mengatakan : “Setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah sebahagian kamu meninggikan suara di atas sebahagian yang lain sewaktu membaca Al-Quran” (H.R.Imam Malik)
Alangkah baiknya, jika pembimbing tawaf itu ketika berada di Kaabah menerangkan kepada mereka “Buatlah begini, bacalah ini, dan berdoalah kamu dengan doa yang kamu suka”, lalu dia berjalan bersama mereka di tempat tawaf supaya semua orang tidak melakukan kesalahan, hasilnya mereka dapat melakukan tawaf dengan khusuk dan tenteram sambil berdoa kepada Tuhan dalam keadaan takut dan harap dengan doa yang mereka fahami makna dan maksudnya. Akhirnya orang lain pun terselamat daripada gangguan mereka.
(III) SEMBAHYANG DUA RAKAAT SELEPAS TAWAF DAN KESALAHAN PADANYA
Selesai tawaf Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menuju Maqam Ibrahim sambil membaca :
"واتخذوا من مقام إبراهيم مصلى"
(… dan jadikanlah sebahagian Maqam Ibrahim itu tempat solat…) (Q.S.Al-Baqarah:125)
Kemudian Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sembahyang dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim (dengan menjadikan Maqam Ibrahim berada di antaranya dan Kaabah), dengan membaca Surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas pada rakaaat kedua.
Kesalahan yang kerap berlaku ialah anggapan para jemaah bahawa sembahyang dua rakaat tersebut mesti dilakukan berdekatan dengan Maqam Ibrahim yang menyebabkan mereka berasak-asak untuk itu dan mengganggu orang yang sedang melakukan tawaf.
Anggapan ini adalah salah, kerana dua rakaat selepas tawaf itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dalam Mesjid Al-Haram sekali pun agak jauh dari Maqam Ibrahim asalkan berlokasi di belakang Maqam Ibrahim, untuk menghindarkan diri dari keadaan yang menyusahkan diri sendiri dan orang lain dan dapat melakukan sembahyang dengan khusyuk dan tenang.
Kesalahan lain ialah sebahagian jamaah melakukan sembahyang di belakang Maqam Ibrahim dalam jumlah rakaat yang banyak tanpa bersebab, pada hal jamaah lain yang selesai tawaf juga mahu melakukan solat di tempat tersebut.
Terdapat juga sebahagian jamaah apabila selesai sembahyang dua rakaat tersebut, salah seorang daripada pembimbing mereka berdiri dan memimpin doa dan mereka pun berdoa bersama dengan suara yang tinggi yang mengganggu jamaah lain yang sedang sembahyang.
Allah berfirman : "ادعوا ربكم تضرعا وخفية إنه لا يحب المعتدين"
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampau batas” (Q.S.Al-‘Araf : 55)
(IV) SA’IE ANTARA SAFA DAN MARWAH DAN KESALAHAN YANG BERLAKU PADANYA
Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ketika melakukan Sa’ie, jika sudah dekat dengan Safa, Baginda membaca : " إن الصفاوالمروة من شعائر الله "
“Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian dari pada Syi’ar Allah
" (Q.S.Al-Baqarah:158)
Kemudian Baginda (Shalla Allah 'Alaihi Wa Sallam) naik ke atas Bukit Safa sehingga Baginda (Shalla Allah 'Alaihi Wa Sallam) nampak Kaabah lalu Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menghadap qiblat dan mengangkat kedua tangan dan memuji Allah kemudian Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berdoa perkara-perkara yang ia kehendaki, lalu Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bertahlil dan bertakbir :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيئ قدير ، لا إله إلا الله وحده ، أنجز وعده ، ونصر عبده ، وهزم الأحزاب وحده
“Tiada Tuhan yang disembah dengan Haq selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya lah kerajaan, dan hanya milik-Nya lah segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Tiada Tuhan yang disembah dengan Haq selain Allah, Dia Menepati janji-Nya, dan Dia Menolong hamba-Nya, dan Dia membinasakan segala seteru-Nya”
Kemudian Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berdoa di antara itu (takbir dan tahmid) dan membaca seperti itu tiga kali, kemudian Baginda turun dan berjalan dan ketika sampai di Bathnil Wadi iaitu tempat yang bertanda dengan dua tanda hijau Baginda melakukan sa’ie (berlari-lari anak) sehingga akhir dua tanda tersebut. Kemudian, Baginda berjalan sampai ke Marwah dan Baginda melakukan hal yang sama dengan apa yang Baginda lakukan ketika di Safa.
Kesalahan yang kerap dilakukan oleh jamaah ialah ketika mereka berada di atas Safa atau Marwah mereka menghadap ke qiblat lalu mereka bertakbir tiga kali dan mengangkat tangan dengan mengarahkannya ke qiblat sebagaimana ketika sembahyang, kemudian mereka turun.
Hal ini bercanggah dengan perbuatan Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam). Sepatutnya mereka melakukan perkara Sunnah seperti di atas jika berkesempatan, atau mereka tidak melakukannya sama sekali dan meninggalkan suatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam).
Kesalahan lain ialah mereka berjalan dengan laju pada keseluruhan sa’ie, ini juga bercanggah dengan Sunnah, kerana sa’ie (berlari-lari anak) itu hanya dilakukan sewaktu melalui dua tanda hijau sahaja, selainnya dilakukan dengan berjalan biasa di sepanjang tempat sa’ie, hal ini berlaku mungkin kerana kejahilan atau kebanyakan jamaah memang suka tergesa-gesa supaya dapat menyelesaikan sa’ie dengan segera. Kepada Allah sahajalah kita minta pertolongan.
(V) WUQUF DI ARAFAH
Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berada di Namirah pada hari Arafah sehingga tergelincir mata hari. Kemudian Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menaiki kenderaan dan turun lalu sembahyang Zuhur dan Asar dua rakaat-dua rakaat jamak taqdim dengan sekali azan dan dua iqamat.
Kemudian Baginda menaiki kenderaan sehingga sampai ke tempat wuquf, lalu Baginda berhenti dan berkata:
“ Aku wuquf di sini dan seluruh Arafah adalah tempat wuquf ” (H.R.Muslim) dan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) terus melakukan wuquf dalam keadaan menghadap qiblat dan mengangkat kedua tangannya sambil berzikir dan berdoa sehingga lah mata hari terbenam dan bahangnya hilang lalu Baginda bertolak ke Muzdalifah.
KESALAHAN YANG SELALU BERLAKU KETIKA WUQUF
1- Para jamaah wuquf di luar kawasan Arafah dan mereka duduk di rumah (tempat tinggal) mereka sehingga mata hari terbenam, kemudian meninggalkan Arafah menuju Muzdalifah tanpa melakukan wuquf di Arafah.
Ini adalah kesalahan yang besar yang membatalkan haji, kerana wuquf di Arafah adalah rukun haji dan tanpanya haji tidak sah. Sesiapa yang tidak wuquf di Arafah batallah hajinya, kerana Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda: “ Haji itu adalah Arafah ”.(H.R.Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai dan Ibnu Majah)
Punca kesalahan yang teruk ini berlaku kerana sebahagian daripada jamaah tertipu dengan sebahagian yang lain, mereka turun sebelum sampai ke Arafah tanpa mengetahui tanda-tandanya, maka batallah haji mereka dan haji orang lain yang mengikuti langkah mereka.
Alangkah baiknya jika ada Mutawwif (penyelia) haji yang dapat memberi maklumat awal kepada para jamaah dengan alat pembesar suara yang dapat didengar oleh semua jamaah dengan berbagai bahasa. Perlu juga diberi penakanan kepada Mutawwif supaya mereka mengingatkan para jamaah agar semua mereka memahami dengan benar tentang urusan ibadah mereka dan dapat menunaikan haji dengan sempurna.
2- Sebahagian mereka meninggalkan Arafah sebelum mata hari terbenam.
Ini adalah haram, sebab bercanggah dengan Sunnah Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) yang mana Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melakukan wuquf sampai mata hari terbenam dan sampai bahangnya hilang, lagi pula meninggalkan Arafah sebelum mata hari terbenam merupakan perbuatan orang jahiliyah.
3- Sebahagian jamaah menghadap ke bukit Arafah ketika berdoa walau pun qiblat berada di belakang, di kanan atau di sebelah kiri mereka.
Hal ini bercanggah dengan Sunnah, kerana Sunnah Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ialah menghadap ke qiblat ketika berdoa.
(VI) MELONTAR JAMRAH
Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melontar Jamrah Al-Aqabah iaitu Jamrah yang akhir yang berdekatan Makkah dengan tujuh batu kecil pada waktu dhuha hari Nahar (10 Zu Al-Hijjah) sambil bertakbir pada setiap batu yang dilontar. Ukuran setiap batu ialah lebih besar sedikit dari pada kacang putih.
Dalam Sunan Al-Nasai dari hadis Al-Fadl bin Abbas r.a. ketika itu beliau mengiringi Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dari Muzdalifah menuju Mina, dia berkata : “Nabi S turun dan berkata” : “ambillah batu kecil untuk melontar jamrah” dan beliau (Al-fadl) berkata : “Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) memberi isyarat dengan tangannya seperti orang melontar”.
Dalam Musnad Imam Ahmad dari Ibnu Abbas r.a. ( Yahya berkata bahawa ‘Auf tidak pasti apakah Abdullah atau Al-Fadl telah berkata : “Pada pagi Aqabah Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda dari atas kenderaannya : “ Mari, kutipkan untuk ku ”, akupun mengutipkan untuk Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) beberapa batu kecil dan Baginda meletakkan batu itu di tangannya seraya berkata : “ Macam inilah ” dua kali, dan Baginda berkata dengan tangannya (Yahya pun mengisyaratkan dengan mengangkat tangannya) kemudian Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda:
“ Jauhilah sifat melampau, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa disebabkan mereka melampau dalam agama ”.
Ada lagi riwayat Ummi Sulaiman bin ‘Amr bin Al-Ahwas r.a. berkata : “Aku melihat Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melontar Jamrah Aqabah dari Bathni Al-Wadi pada hari Nahar sambil mengatakan : “Wahai manusia, janganlah sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain, apabila kamu melontar Jamrah, maka lontarlah dengan batu kecil” (H.R.Ahmad).
Di dalam Sahih Al-Bukhari dari Ibn Umar r.a. dinyatakan bahawa dia melontar Jamrah yang dekat (Jamrah Al-Ula) dengan tujuh batu diselangi dengan takbir pada setiap lontaran. Kemudian dia bergerak kehadapan mencari tempat yang agak selesa, lalu dia berdiri lama sambil berdoa dan mengangkat kedua-dua tangannya, kemudian dia melontar Jamrah Al-wustha. Kemudian dia bergerak ke kiri ke tempat yang agak selesa dan berdiri lama menghadap qiblat sambil berdoa dan mengangkat kedua-dua tangannya, kemudian dia melontar Jamrah Al-Aqabah dari Bathni Al-Wadhi dan dia tidak berdiri di situ, kemudian dia pun berlalu dan berkata : “Beginilah aku melihat Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melakukannya”.
Imam Ahmad dan Abu Daud ada meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berkata : “Tawaf di Baitullah, Safa, Marwah dan melontar Jamrah hanya dijadikan/disyariatkan untuk mengingat Allah”.
KESALAHAN YANG BERLAKU KETIKA MELONTAR
1. Kebanyakan jamaah menganggap bahawa mengambil batu di Muzdalifah adalah satu kemestian, sehingga mereka menyusahkan diri mereka dengan mengutip batu-batu tersebut pada malam hari dan membawanya bersama beberapa hari di Mina. Adakalanya apabila salah seorang daripada mereka kehilangan batu, dia merasa sangat sedih, dan meminta jamaah lain supaya memberinya batu Muzdalifah yang berlebih.
Pada hal dari huraian di atas dapat difahami bahawa hal itu tidak ada asalnya dari Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) . Bahkan, Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menyuruh Ibnu Abbas r.a. supaya mengutipkan batu untuknya semasa Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berhenti di atas kenderaannya, yang pada zahirnya tempat Baginda berhenti itu adalah di Jamrah, kerana tidak diriwayatkan Baginda berhenti selepas perjalanannya dari Muzdalifah sebelum itu dan kerana ini adalah waktu yang Baginda memerlukan batu tersebut, maka tidaklah mungkin Baginda menyuruh mengutip batu sebelumnya sebab tidak ada keperluan dan membebankan bagi Baginda untuk membawanya.
2. Anggapan para jamaah bahawa melontar Jamrah itu adalah melontar syaitan. Oleh sebab itu sebahagian mereka menyebut nama syaitan-syaitan sewaktu melontar, mereka berkata : “Aku melontar syaitan besar atau syaitan kecil”, yang lain mengatakan : “aku melontar bapa syaitan” ketika melontar Jamrah Al-Aqabah. Bahkan banyak lagi ungkapan seperti itu yang sebenarnya tidak patut diungkapkan di tempat Syi’ar ini.
Sebahagian yang lain melontar batu dengan kuat dan kasar diselangi dengan jeritan dan cacian terhadap syaitan-syaitan itu (menurut sangkaan mereka). Bahkan ada yang memanjat Jamrah kerana hendak melempar Jamrah dengan selipar dan batu besar dengan marah dan penuh emosi. Malangnya batu-batu itu mengenai jamaah lain, namun dia tetap bertambah geram dan marah dan terus melontar, sedangkan orang-orang disekitarnya mengetawakannya seolah-olah mereka sedang menyaksikan filem lawak. Semua anggapan seperti ini tidak ada dalil yang sah untuk dipegangi.
Dari huraian di atas, dapat diketahui bahawa hikmah melontar Jamrah adalah untuk mengingat Allah Azza Wa Jalla. Oleh sebab itu Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sentiasa bertakbir selepas setiap lontaran.
3- Melempar Jamrah dengan batu besar, selipar, kasut dan kayu adalah kesalahan besar yang bercanggah dengan apa yang telah disyariat Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ke atas umatnya dengan perbuatan dan perintahnya melalui lontaran Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dengan batu-batu kecil dan memerintahkan umatnya agar melontar dengan batu-batu seumpamanya dan memberi ancaman ke atas tindakan melampau dalam agama.
1- Pergi ke Jamrah dengan cara kasar, tidak khusyu’ kepada Allah Ta’ala dan tidak menyayangi hamba-hamba Allah, sehingga tindakan mereka itu mengganggu orang muslimin lain dan membahayakan mereka serta memaki hamun dan memukul sehingga mencacatkan ibadah dan Syiar ini dan menjadikannya sebagai arena memaki hamun dan perbalahan dan jauh dari matlamat asal yang disyariatkan serta melencong dari ajaran Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam)
..
Diriwayatkan dalam sebuah Musnad dari Qudamah bin Abdullah bin ‘Ammar berkata : “Aku melihat Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) pada hari Nahar melontar Jamrah Al-Aqabah di atas unta tanpa memukul, menolak atau maenepis orang”. (H.R. Al-Tirmizi, dan Dia berkata : Hadis Hasan)
2- Tidak berhenti untuk berdoa selepas melontar Jamrah Al-Ula dan Jamrah Al-Wustha pada hari-hari Tasyriq. Pada hal kita telah mengetahui bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berhenti selepas melontar kedua-dua Jamrah itu seraya menghadap ke qiblat dan mengangkat kedua tangannya sambil berdoa dengan doa yang panjang.
Mereka tidak berhenti untuk berdoa, mungkin disebabkan kejahilan terhadap sunnah Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) atau kerana suka tergesa-gesa supaya cepat selesai dari suatu ibadah.
Alangkah baiknya, jika calon haji belajar terlebih dahulu hukum hakam haji sebelum menunaikannya agar dia dapat beribadah kepada Allah dengan ilmu pengetahuan dan menunjukkan rasa suka mengikut Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) .
Sama halnya dengan seorang yang hendak musafir ke suatu negeri, sudah pasti dia akan bertanya jalan mana yang mesti ditempuh untuk sampai ke destinasi dengan tepat. Maka lebih lagi bagi orang yang hendak berjalan menuju Allah dan syurganya, sudah tentulah dia mesti bertanya mengenai jalan tersebut agar dia sampai ke destinasinya.
3- Melontar batu keseluruhannya sekali gus.
Ini adalah kesalahan yang keji. Ulama telah mengatakan bahawa siapa yang melontar dengan sekali lontaran lebih dari sebiji batu, maka tidaklah dikira melainkan hanya sebiji batu sahaja. Jadi yang wajib ketika melontar ialah sebiji demi sebiji batu sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam).
4- Menambah doa-doa ketika melontar dengan doa-doa yang tidak berasal dari Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) seperti doa mereka :
اللهم اجعلها رضا للرحمن وغضبا للشيطان
artinya: (Ya Allah jadikanlan lontaran ini keredaan bagi Rahman dan kemurkaan bagi syaitan) bahkan mungkin mereka membaca doa itu tanpa bertakbir sebagaimana Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bertakbir.
Jadi yang lebih utama ketika ini adalah melakukan apa yang sabit dari Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sahaja.
5- Memperlekehkan ibadat melontar Jamrah dengan mewakilkannya kepada orang lain bagi dirinya pada hal dia boleh melakukannya sendiri, kerana ingin mengelak daripada terbabit dalam kesesakan orang ramai dan kesukaran lain ketika melontar.
Hal ini bercanggah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. agar menyempurnakan ibadah haji dalam firman-Nya :
وأتموا الحج والعمرة لله
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Q.S.Al-Baqarah : 196).
Maka wajib ke atas orang yang mampu agar melontar sendiri secara langsung dan bersabar atas kesukaran dan kesulitan yang dihadapi, kerana ibadah haji adalah ibadah jihad yang sudah tentu di dalamnya terdapat kesusahan dan kesukaran. Jamaah haji sepatutnya takut kepada Tuhannya dan hendaklah dia menyempurnakan ibadahnya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. semampu yang mungkin.
(VII) TAWAF WADA’
Ada beberapa riwayat mengenai tawaf wada’, di antaranya :
a. Di dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim ada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. berkata : “Telah diperintahkan kepada manusia agar akhir keberadaannya di Makkah ialah di Baitullah kecuali wanita yang haid”
b. Lafaz Muslim mengatakan : “Semua orang menuju ke destinasi masing-masing” maka Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda : “Tidak seorang pun pergi melainkan akhir keberadaannya ialah di Baitullah”
c. Riwayat Abu Daud dengan lafaz : “sehingga akhir keberadaannya ialah tawaf di Baitullah”
d. Dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Ummi Salamah r.a. berkata : “Aku mengadu kepada Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bahawa aku demam, maka Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berkata : “Tawaflah engkau di belakang orang dalam keadaan berkenderaan” maka aku pun tawaf dan Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sembahyang di sebelah Baitullah membaca:
( والطور وكتاب مسطور ) (Q.S.Al-Thur : 1-20)
e. Lafaz Al-Nasai mengatakan bahawa Ummi Salamah r.a. berkata : “Ya Rasulallah, demi Allah aku belum melakukan tawaf keluar, Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menjawab : “Apabila sembahyang didirikan, tawaflah engkau di atas unta engkau dari belakang manusia” (yang sedang sembahyang)
f. Dalam Sahih Al-Bukhari dari Anas bin Malik r.a. berkata : “Bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) sembahyang zuhur, asar, maghrib dan isyak kemudian Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berbaring di atas batu, kemudian dia menaiki kenderaan menuju Baitullah lalu melakukan tawaf”.
g. Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Safiyah r.a. haid selepas tawaf Ifadhah, Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berkata : “Adakah dia menahan kita?” Sahabat-sahabat menjawab ; “Dia sudah melakukan tawaf Ifadhah di Baitullah. Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) berkata lagi : “Kalau begitu dia bertolak”.
h. Dalam kitab Al-Muwaththa’ dari Abdillah Ibni Umar r.a. berkata bahawa Umar r.a. berkata : “Jangan seorangpun jamaah haji keluar sehingga dia tawaf di Baitullah, sesungguhnya akhir ibadah adalah tawaf di Baitullah”
i. Dalam kitab yang sama diriwayatkan dari Yahya bin Said berkata bahawa Umar r.a. pernah mengarahkan seorang lelaki dari Marra Al-Zahran untuk kembali (ke Makkah) kerana belum tawaf wada’ sehinggalah dia melakukannya.
KESALAHAN YANG SELALU DILAKUKAN PADA TAWAAF WADA’
1- Sebahagian jamaah turun dari Mina ke Makkah pada hari Nafar sebelum melontar keseluruhan Jamrah, lalu mereka melakukan tawaf Wada’ kemudian mereka kembali lagi ke Mina untuk melontar Jamrah dan seterusnya mereka musafir ke negeri masing-masing dari sana.
Hal ini tidak boleh dilakukan, sebab bercanggah dengan perintah Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) supaya akhir keberadaannya jamaah haji ialah di Baitullah. Maka sesiapa yang melontar selepas tawaf Wada’ bermakna akhir keadaanya ialah di Jamrah bukan di Baitullah. Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) tidak melaksanakan tawaf Wada’ melainkan ketika Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) hendak keluar setelah selesai dari semua urusan manasiknya. Bahkan Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ada mengatakan : “Ambillah dari ku manasik kamu” (H.R.Muslim dan Abu Daud)
Kemudian Atsar Umar Ibnu Al-Khattab r.a. tadi jelas bahawa tawaf di Baitullah adalah akhir ibadah haji. Maka sesiapa yang tawaf Wada’ kemudian melontar selepas itu hukum tawafnya tidak sah kerana tidak pada masa yang sebenarnya. Oleh sebab itu dia wajib mengulanginya selepas melontar. Jika tidak mengulanginya, maka hukumnya serupa dengan meninggalkannya sama sekali.
2- Tetap tinggal (duduk) di Makkah selepas tawaf Wada’ juga dikira sebagai akhir keadaanya bukan di Baitullah.
Ini juga bercanggah dengan apa yang diarahkan dan diterangkan oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) melalui perbuatannya. Sesungguhnya Baginda memerintahkan akhir keadaan jamaah haji ialah di Baitullah, dan Baginda juga tidak melaksanakan tawaf Wada’ melainkan ketika Baginda hendak keluar dan begitu jugalah amalan para Sahabat-sahabatnya.
Namun demikian Ulama ada memberi kelonggaran untuk menetap sementara di Makkah selepas tawaf Wada’ bagi menguruskan hajat keperluan yang tidak boleh dielakkan, seperti sudah Iqamat sembahyang fardhu selepas tawaf Wada’, maka mestilah dia turut serta. Begitu juga hendak sembahyang jenazah, atau urusan perjalanan seperti membeli barang keperluan atau menunggu teman dan seumpamanya. Jadi sesiapa masih menetap di Makkah selepas tawaf Wada’ untuk melakukan perkara-perkara yang tidak dikecualikan tadi, maka mestilah dia mengulangi tawaf Wada’ tersebut sekali lagi.
3- Keluar dari Masjid Al-Haram selepas tawaf Wada’ dengan cara mengundur ke belakang kerana menganggap itu adalah suatu penghormatan kepada Kaabah.
Ini bercanggah dengan sunnah Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bahkan ia adalah bid’ah yang diancam oleh Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dalam sabdanya : “Semua bid’ah adalah sesat”.
Bid’ah ialah setiap perkara yang diada-adakan, baik dari segi aqidah atau ibadah yang bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dan para Khulafa Al-Rasyidin.
Adakah orang yang berjalan mengundur tadi menyangka bahawa memuliakan Kaabah itu lebih utama dari pada memuliakan Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam), atau adakah dia menyangka bahawa Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dan para Khulafa Al-Rasyidin tidak mengetahui bahawa perbuatan seperti itu adalah memuliakan Kaabah?.
4- Menoleh kembali ke arah Kaabah di pintu masjid selepas tawaf Wada’ sambil berdoa seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada Kaabah.
Ini adalah bid’ah, kerana tidak ada datang dari Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) dan Khulafa Al-Rasyidin. Semua yang di anggap ibadah kepada Allah tetapi tidak ada dalam Syara’ adalah batal dan dikembalikan kepada pelakunya, berdasarkan sabda Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) “Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami yang bukan dari padanya adalah ditolak” yakni dikembalikan kepada pelakunya. (H.R.Al-Bukhari dan Muslim)
Maka sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) adalah wajib melakukan segala ibadah yang bersesuaian dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) supaya dengan cara itu dia dapat mencapai mahabbah Allah dan maghfirah-Nya, sebagai mana firman-Nya dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 31 :
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
Mengikut Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) pada perkara-perkara yang Baginda lakukan atau yang Baginda tinggalkan adalah sama. Jadi jika ada perkara yang sepatutnya Baginda lakukan pada masa hayatnya tapi Baginda tidak melakukannya itu adalah merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Sunnah dan Syariat menyuruh meninggalkannya, maka tidak boleh mengada-adakannya dalam agama Allah S.W.T. sekalipun manusia dan hawa nafsu menyukainya. Allah berfirman dalam Surah Al-Mukminun, Ayat 71 :
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن، بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون
“ Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya kami Telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu”.
dan Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) bersabda : “Kamu tidak beriman sehinggalah hawa kamu mengikuti apa yang aku bawa”
Kita memohon kepada Allah S.W.T. semoga menunjuki kita ke jalan-Nya yang lurus (Al-Shirath Al-Mustaqim) dan tidak melencongkan hati-hati kita setelah menunjuki kita, dan semoga Allah S.W.T. memberi kita Rahmat. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi.
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Serta Salawat Dan Salam Ke Atas Nabi Kita Muhammad (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) Dan Ke Atas Sekalian Sahabatnya.
KASIHAN HAMBA ALLAH YANG SEORANG NI
sabili,Wahabi Adalah Wahabi
Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur’an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan, khurafat, syirik dan bid’ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku tidak hadiri ke nduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya’ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi
Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?
Kata mereka Wahabi adalah Wahabi
Aku semakin bingung siapa itu Wahabi
Namun …
Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi… Biarlah aku
dipanggil Wahabi
Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid’ah dari
diikuti… Biarlah aku dipanggil Wahabi
Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi…Biarlah aku dipanggil Wahabi
Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dip anggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi
dari :http://abusyakirin.wordpress.com
Misteri Wahhabi
sabili, 08 July 2009Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.
http://drmaza.com/home/?p=664
Hadits-Hadits Palsu Tentang Keutamaan Shalat Dan Puasa Di Bulan Rajab
sabili, 02 July 2009Apabila kita memperhatikan hari-hari, mingu-minggu, bulan-bulan, sepanjang tahun serta malam dan siangnya, niscaya kita akan mendapatkan bahwa Allah Yang Maha Bijaksana mengistimewakan sebagian dari sebagian lainnya dengan keistimewaan dan keutamaan tertentu. Ada bulan yang dipandang lebih utama dari bulan lainnya, seperti bulan Ramadhan dengan kewajipan puasa di waktu siang dan sunnah menambah ibadah di waktu malamnya. Di antara bulan-bulan itu ada pula yang dipilih sebagai bulan haram atau bulan yang dihormati, dan diharamkan berperang pada bulan-bulan itu.
Allah juga mengkhususkan hari Jumaat dalam seminggu untuk berkumpul shalat Jumaat dan mendengar khutbah yang berisi peringatan dan nasihat.
Ibnul Qayyim menerangkan dalam kitabnya, Zaadul Ma’aad,[1] bahwa Jum’at mempunyai lebih dari tiga puluh keutamaan, kendatipun demikian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mengkhususkan ibadah pada malam Jum’at atau puasa pada hari Jum’at, sebagaimana sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
“Artinya : Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk beribadah dari malam-malam yang lain dan jangan pula kalian mengkhususkan puasa pada hari Jumaat dari hari-hari yang lainnya, kecuali bila bertepatan (hari Jumaat itu) dengan puasa yang biasa kalian berpuasa padanya.” [HR. Muslim (no. 1144 (148)) dan Ibnu Hibban (no. 3603), lihat Silsilatul Ahaadits ash-Shahihah (no. 980)]
Allah Yang Mahabijaksana telah mengutamakan sebagian waktu malam dan siang dengan menjanjikan terkabulnya do’a dan terpenuhinya permintaan. Demikian Allah mengutamakan tiga generasi pertama sesudah pengutusan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mereka dianggap sebagai generasi terbaik apabila dibandingkan dengan generasi berikutnya sampai hari Kiamat. Ada beberapa tempat dan masjid yang diutamakan oleh Allah dibandingkan tempat dan masjid lainnya. Semua hal tersebut kita ketahui berdasarkan hadits-hadits yang shahih dan contoh yang benar.
Adapun tentang bulan Rajab, keutamaannya dalam masalah shalat dan puasa padanya dibanding dengan bulan-bulan yang lainnya, semua haditsnya sangat lemah dan palsu. Oleh karena itu tidak boleh seorang Muslim mengutamakan dan melakukan ibadah yang khusus pada bulan Rajab.
Di bawah ini akan saya berikan contoh hadits-hadits palsu tentang keutamaan shalat dan puasa di bulan Rajab.
HADITS PERTAMA
“Artinya : Rajab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku”
Keterangan: HADITS INI “ MAUDHU"
Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat th. 650 H): “Hadits ini maudhu’.” [Lihat Maudhu’atush Shaghani (I/61, no. 129)]
Hadits tersebut mempunyai matan yang panjang, lanjutan hadits itu ada lafazh:
“Artinya : Janganlah kalian lalai dari (beribadah) pada malam Jum’at pertama di bulan Rajab, karena malam itu Malaikat menamakannya Raghaaib...”
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata Ibnul Qayyim (wafat th. 751 H): “Hadits ini diriwayatkan oleh ‘Abdur Rahman bin Mandah dari Ibnu Jahdham, telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Muhammad bin Sa’id al-Bashry, telah menceritakan kepada kami Khalaf bin ‘Abdullah as-Shan’any, dari Humaid Ath-Thawil dari Anas, secara marfu’. [Al-Manaarul Muniif fish Shahih wadh Dha’if (no. 168-169)]
Kata Ibnul Jauzi (wafat th. 597 H): “Hadits ini palsu dan yang tertuduh memalsukannya adalah Ibnu Jahdham, mereka menuduh sebagai pendusta. Aku telah mendengar Syaikhku Abdul Wahhab al-Hafizh berkata: “Rawi-rawi hadits tersebut adalah rawi-rawi yang majhul (tidak dikenal), aku sudah periksa semua kitab, tetapi aku tidak dapati biografi hidup mereka.” [Al-Maudhu’at (II/125), oleh Ibnul Jauzy]
Imam adz-Dzahaby berkata: “ ’Ali bin ‘Abdullah bin Jahdham az-Zahudi, Abul Hasan Syaikhush Shuufiyyah pengarang kitab Bahjatul Asraar dituduh memalsukan hadits.”
Kata para ulama lainnya: “Dia dituduh membuat hadits palsu tentang shalat ar-Raghaa'ib.” [Lihat: Mizaanul I’tidal (III/142-143, no. 5879)]
HADITS KEDUA
“Artinya : Keutamaan bulan Rajab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur'an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.”
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadits ini palsu.” [Lihat al-Mashnu’ fii Ma’rifatil Haditsil Maudhu’ (no. 206, hal. 128), oleh Syaikh Ali al-Qary al-Makky (wafat th. 1014 H)]
HADITS KETIGA:
“Artinya : Barangsiapa shalat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian shalat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlash serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari adzab Qubur dan ia akan melalui as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab (dihitung), dan tidak disiksa.’”
Keterangan: HADITS MAUDHU’
Kata Ibnul Jauzi: “Hadits ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal biografinya).” [Lihat: al-Maudhu’at Ibnul Jauzy (II/123), al-Fawaa'idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh as-Syaukany (no. 144) dan Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at (II/89), oleh Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani (wafat th. 963 H).]
HADITS KEEMPAT
“Artinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab dan shalat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursiy’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Surga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)”
Keterangan: HADITS INI MAUDHU’
Kata Ibnul Jauzy: “Hadits ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadits.” [Al-Maudhu’at (II/123-124).]
Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany, ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah rawi yang lemah. [Lihat: Taqriibut Tahdziib (I/663 no. 4518)]
HADITS KELIMA“Artinya : Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rajab (ganjarannya) sama dengan berpuasa satu bulan.”
Keterangan: HADITS INI SANGAT LEMAH
Hadits ini diriwayatkan oleh al-Hafizh dari Abu Dzarr secara marfu’.
Dalam sanad hadits ini ada perawi yang bernama al-Furaat bin as-Saa'ib, dia adalah seorang rawi yang matruk. [Lihat: al-Fawaa-id al-Majmu’ah (no. 290)]
Kata Imam an-Nasa'i: “Furaat bin as-Saa'ib Matrukul hadits.” Dan kata Imam al-Bukhari dalam Tarikhul Kabir: “Para Ahli Hadits meninggalkannya, karena dia seorang rawi munkarul hadits, serta dia termasuk rawi yang matruk kata Imam ad-Daraquthni.” [Lihat: adh-Dhu’afa wa Matrukin oleh Imam an-Nasa'i (no. 512), al-Jarh wat Ta’dil (VII/80), Mizaanul I’tidal (III/341) dan Lisaanul Mizaan (IV/430).]
HADITS KEENAM
“Artinya : Sesungguhnya di Surga ada sungai yang dinamakan ‘Rajab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rajab maka Allah akan memberinya minum dari air sungai itu.”
Keterangan: HADITS INI BATHIL
Hadits ini diriwayatkan oleh ad-Dailamy (I/2/281) dan al-Ashbahany di dalam kitab at-Targhib (I-II/224) dari jalan Mansyur bin Yazid al-Asadiy telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Imran, ia berkata: “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, ...”
Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rajab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadits) ini adalah bathil.” [Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)]
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany berkata: “Musa bin ‘Imraan adalah majhul dan aku tidak mengenalnya.” [Lihat: Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah (no. 1898)]
HADITS KETUJUH.
“Artinya : Barangsiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rajab, dituliskan baginya (ganjaran) puasa satu bulan, barangsiapa berpuasa tujuh hari pada bulan Rajab, maka Allah tutupkan baginya tujuh buah pintu api Neraka, barangsiapa yang berpuasa lapan hari pada bulan Rajab, maka Allah membukakan baginya lapan buah pintu dari pintu-pintu Surga. Dan barang siapa puasa nishfu (setengah bulan) Rajab, maka Allah akan menghisab(menghitung)nya dengan hisab yang mudah.”
Keterangan: HADITS INI PALSU
Hadits ini termaktub dalam kitab al-Fawaa'idul Majmu’ah fil Ahaadits al-Maudhu’ah (no. 288). Setelah membawakan hadits ini asy-Syaukani berkata: “Suyuthi membawakan hadits ini dalam kitabnya, al-Laaliy al-Mashnu’ah, ia berkata: ‘Hadits ini diriwayatkan dari jalan Amr bin al-Azhar dari Abaan dari Anas secara marfu’.’”
Dalam sanad hadits tersebut ada dua perawi yang sangat lemah:
[1]. ‘Amr bin al-Azhar al-‘Ataky.
Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.” Kata Imam Ahmad: “Dia sering memalsukan hadits.” [Periksa, adh-Dhu’afa wal Matrukin (no. 478) oleh Imam an-Nasa-i, Mizaanul I’tidal (III/245-246), al-Jarh wat Ta’dil (VI/221) dan Lisaanul Mizaan (IV/353)]
[2]. Abaan bin Abi ‘Ayyasy, seorang Tabi’in shaghiir.
Imam Ahmad dan an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadits (ditinggalkan haditsnya).” Kata Yahya bin Ma’in: “Dia matruk.” Dan beliau pernah berkata: “Dia rawi yang lemah.” [Lihat: Adh Dhu’afa wal Matrukin (no. 21), Mizaanul I’tidal (I/10), al-Jarh wat Ta’dil (II/295), Taqriibut Tahdzib (I/51, no. 142)]
Hadits ini diriwayatkan juga oleh Abu Syeikh dari jalan Ibnu ‘Ulwan dari Abaan. Kata Imam as-Suyuthi: “Ibnu ‘Ulwan adalah pemalsu hadits.” [Lihat al-Fawaaidul Majmu’ah (hal. 102, no. 288).
Sebenarnya masih banyak lagi hadits-hadits tentang keutamaan Rajab, shalat Raghaa'ib dan puasa Rajab, akan tetapi karena semuanya sangat lemah dan palsu, penulis mencukupkan tujuh hadits saja.
[Disalin dari kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M]
copy:http://www.almanhaj.or.id (dengan sedikit penyelarasan bahasa)
