BUSANA MUSLIMAH

CIRI-CIRI BUSANA MUSLIMAH MENURUT SYARIAH ISLAMIYAH

1. Longgar dan menutup seluruh tubuh dari pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Dan tidak membukanya untuk lelaki yang mahram kecuali bahagian yang menurut kebiasaan yang benar boleh dibuka, iaitu muka, kedua-dua tapak tangan dan kedua-dua kaki bahagian bawah.

2. Menutup aurat yang di sebaliknya. Tidak tipis yang boleh terlihat warna kulit.

3. Tidak ketat sehingga dapat membentuk bahagian-bahagian tubuh.
Rasul Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda: "Dua golongan penghuni neraka yang
tak pernah aku lihat: Pertama, orang yang mempunyai cemeti (cambuk) seperti ekor
lembu yang sentiasa digunakan untuk memukul orang. Kedua, wanita yang berpakaian
tetapi telanjang, menyimpang dari kaedah agama dan adat masyarakat serta
mengajak wanita lain meniru dirinya, dandanan rambut mereka seperti bonggol unta
yang bergerak ke kiri dan kanan. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium bau
wanginya, padahal bau wangi syurga itu dapat tercium dari jarak sekian (jauh).
Ibnu Taimiyah dlm Majmuk Fatawanya (22/146) menerangkan maksud "berpakaian
tetapi telanjang" itu ialah bahawa wanita itu berpakaian tetapi tidak menutup
auratnya. Dia bepakaian namun pada hakikatnya dia tidak berbusana, seperti
wanita yang berpakaian tipis yang dapat terlihat kulitnya. Begitu juga pakaian
yang ketat yang dapat terlihat lekuk-lekuk tubuh, pinggul, lengan dan sebagainya.

Jadi busana wanita semestinya dapat menutup dirinya, tidak menampakkan tubuhnya
ataupun bentuk bahagian tubuhnya, dengan cara berukuran lebar dan jenis tebal.

4. Tidak menyerupai kaum lelaki, Rasul Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam melaknat
(mengutuk) wanita yang menyerupai lelaki dalam berpakaian atau menampilkan
diri dalam gaya dan perwatakan seperti lelaki, seperti memakai pakaian yang
jenis ataupun ciri-cirinya khas untuk lelaki menurut adat dan kebiasaan
masyarakat setempat.

5. Tidak dihiasi dengan hiasan yang menarik perhatian orang lain jika wanita itu
keluar rumah, supaya dia tidak tergolong ke dalam golongan wanita yang suka
tampil dengan perhiasannya.

diterjemah dari sebuah kitab kecil:
(تنبيهات على أحكام تختص بالمؤمنات)
oleh Syeikh Saleh Fauzan b Abdullah Al-Fauzan

Comments :

0 comments to “BUSANA MUSLIMAH”

Post a Comment