Cacian Gaya Moden


"Orang Mukmin semestinya berkata baik atau diam"

(maksud hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Namun sesetengah orang sudah terbiasa dengan kekasaran dan kekerasan jiwanya yang ditonjolkan melalui kata-kata kesat tanpa berdasarkan hujjah dan alasan tepat yang disulami dengan kutukan dan makian. Pada hal Rasul(Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) mengatakan bahawa pengutuk itu tidak akan memberi syafaat dan penyaksian pada hari qiamat nanti (H.R.Muslim) sebagaimana dalam hadis yang lain Baginda (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) menegaskan bahawa sebagai seorang mukmin semestinya tidak mengutuk, mencaci, berkata keji atau berkata kotor (Hadis 'Ala syart Al-Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya ke atas orang berkata baik yang berkat, atau orang diam yang selamat.

Berbeza pendapat bukanlah merupakan suatu kesalahan, tetapi masalah yang diperselisihkan itu mestilah diungkai dengan hujjah yang bernas dan ungkapan yang berhemah yang berprinsipkan kemanusiaan yang dituturkan dari jiwa yang suci,pikiran yang matang dan etika yang tinggi.

Memang kita semua sedar bahawa sekarang ummat sedang dilanda bermacam krisis yang mencekam, bagaikan sampan yang sedang dilambung ombak, terhoyong-hayang ke kiri dan kanan, semua yang berada di atasnya menanti saat-saat karam, jeritan suara terdengar di sana-sini, ada suara yang menenangkan lagi menyejukkan hati, tak kurang juga suara marah, kasar dan kesat yang menghamburkan kutukan dan cercaan,menyangka semua orang salah dan sesat kecuali dirinya, kerana kononnya dia sebagai penaung dan pemimpin ummat, dia membeli dunia dan menjual akhiratnya, sementara yang lain bertungkus lumus dan lemah longlai,.

Alangkah buruk pribadi seseorang yang menganggap dirinya sentiasa baik, sementara orang lain pada pandangannya salah dan jahat belaka.
Bukankah mereka saudara dan sebahagian daripada kita yang sepatutnya kita mesti berprasangka baik kepada mereka sebagaimana kita berprasangka baik terhadap diri kita sendiri.

Allah berfirman:
ياأيها الذين آمنوا لا يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا منهم ولا نساء من نساء عسى أن يكن خير منهن ولا تلمزوا أنفسكم ولا تنابزوابالألقب بئس الاسم الفسوق بعد الإيمن ومن لم يتب فأولـئك هم الظلمون

Yang bemaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan, dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. ”(Q.S.Al-Hujurat:11)

CACIAN ELEKTRONIK DAN SMS

Pada masa ini telah muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan iaitu budaya mencaci dan mencerca dengan elektronik melalui internet, cacian tak berbayar dan tanpa batas, atas nama kebebasan.

Sebenarnya hal itu termasuk dalam kategori « mujaharah bi al-suuk » iaitu mengerjakan kejahatan secara terang-terangan. Rasul (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ada mengatakan bahawa "Semua ummatku dimaafkan, kecuali al-mujahirin" yakni orang yang mengerjakan kejahatan secara terang-terangan. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Ia merupakan cacian terus yang berselindung di belakang nama atau gelaran dan bebas dari sebarang ikatan dan peraturan.

Perkataan benar dan jujur tidak akan menghina dan tiada orang yang berusaha menghentikannya.

Berbeza dengan orang yang mencaci dengan elektronik ini, yang merasa megah dengan sokongan atau bantahan orang ramai dan dia beranggapan bahawa dia telah mencipta suatu sejarah baru.

Ada lagi cara cacian moden yang lain, iaitu cacian melalui sistem pesanan ringkas atau SMS, yang berselindung di sebalik telephon selular, melemparkan kata-kata kesat dan keji dan menganggap itu adalah suatu tindakan berani dan hebat.

Betul memang berani dan memang hebat. Berani mencuri dan menceroboh rumah-rumah orang atau hak-hak individu tanpa segan silu. Itu adalah keberanian meredah kebinasaan.

Dalam hadis sahih Nabi (Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam) ada bersabda : “Perumpamaan aku dan manusia ialah bagaikan seorang yang menghidupkan api, bilamana api telahpun menerangi persekitarannya, mulailah kekatu berterbangan ke arahnya kemudian terbakar, dia berusaha menghalang dan menghalaunya, tetapi kekatu itu tidak mempedulinya dan terus menerjah ke arah api lalu terbakar, jadi… aku berusaha mengalang kamu dari api, tetapi kamu terus menerus berusaha menerjah ke arah api itu”. (H.R.Al-Bukhari dan Muslim)

Cacian-cacian seperti ini, bukan sekedar tidak berasas malahan melencong jauh dari prinsip-prinsip dan nilai- nilai kebenaran, bertindak secara membabi buta dan dendam peribadi, jauh sekali menolong kebenaran atau memuliakan agama.

bersambung.......

Baca Sepenuhnya/Read Full Post...

Bukan Salahnya


Setiap kanak-kanak itu unik. Mereka mempunyai cara tersendiri dalam belajar yang menyebabkan kita orang-orang dewasa di sekitarnya merasa kagum, terkadang bingung, dan bahkan menjadi tidak sabar.

Ada seorang kanak-kanak, namanya Amira cepat sekali memahami pelajaran yang disampaikan guru-gurunya, dalam beberapa saat dia sudah dapat memahami dan tahu cara mengerjakan tugasnya dengan baik. Tak heranlah, Amira sangat disukai oleh guru maupun ibu bapanya. Dia cepat memahami dan juga cepat menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Lain halnya dengan Badrul, dia tidak cukup hanya sekali mendengarkan penjelasan dari guru, seringkali harus berulang-ulang. Penyelesaian tugasnya pun tidak juga segera selesai. Ada saja yang mengalihkan perhatian dan tumpuannya. Akan tetapi walaupun lambat, tugasannya selesai juga.
Lain pula dengan Chacha, aktivitinya di kelas menyusahkan guru untuk menjejaki kemampuannya. Ketika teman-temannya belajar, dia sering sibuk dengan kegiatannya sendiri; berjalan keliling kelas, bermain dengan pensilnya, atau menggambar. Berulangkali guru harus mengingatkannya untuk mengerjakan tugas yang belum juga selesai. Tetapi suatu ketika ternyata dia sudah hafal surah Yaasin seperti teman-temannya, dia sudah dapat menyelesaikan tugasan math dan sainsnya dan juga pelajaran yang lain.
Amira adalah jenis Pelari yang seringkali belajar dengan kecepatan tinggi, Badrul adalah jenis Pejalan yang belajar dengan kecepatan perlahan tetapi terus melaju ke depan. Sedangkan Chacha adalah jenis Pelompat yang seringkali kita tak perasan ternyata dia sudah ke hadapan.
Menjadi Pelari, Pejalan atau pun Pelompat bukanlah hal yang buruk. Tapi sebagai penjaga dan pendidik mestilah mencari suatu kaedah yang dapat memberi perhatian maksimal agar Pelari tidak bosan dengan gaya belajarnya, Pejalan tetap tekun dengan pekerjaannya dan Pelompat dapat melompat lebih jauh ke depan.

Baca Sepenuhnya/Read Full Post...