HUBUNGAN INTIM



Soalan: Ustaz, tolong terangkan hukum Islam ttg berasmara dgn isteri sendiri, secara oral sex.


الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد:
Jika kita melihat kepada hukum asal, maka semua bentuk asmara atau hubungan intim antara suami dan isteri adalah dibolehkan, kecuali perkara yang dilarang oleh Nas Al-Quran atau Hadis, seperti hubungan melalui dubur dan hubungan ketika isteri sedang haid atau nifas, selama isteri tidak sedang puasa wajib atau sedang ihram hajji dan umrah,

Adapun oral sex (sex melalui mulut) yang saudara tanyakan di atas atau suami melakukannya terhadap isterinya, maka hukumnya dibolehkan, berdasarkan beberapa dalil berikut:

1. Ia termasuk dalam katagori umum hubungan yang dibolehkan.
2. Jika hubungan badan (jimak) dibolehkan, sedangkan ia adalah hubungan yang sangat
berat, maka hubungan dalam bentuk yang lain adalah lebih boleh.
3. Suami dan isteri dibolehkan bermesraan dan berhubungan seluruh badan antara satu
sama lain, samada dengan sentuhan atau dengan melihat, kecuali apa yang memang
dilarang oleh syara’ sebagaimana yang dikatakan tadi.

Allah berfirman :{نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ}
maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (ibarat) tanah perkebunanmu, maka tanamilah tanah itu menurut kehendakmu” (Q.S.Al-Baqarah:223)

Dalam kitab Raddu Al-Mukhtar, Ibn ‘Abidin Al-Hanafi ada mengatakan bahawa Abu Yusuf bertanya kepada Abu Hanifah tentang seorang lelaki yang menyentuh kemaluan isterinya dan isterinya menyentuh kemaluannya agar dia (suami) datang kepadanya (isteri), adakah tuan berpendapat itu adalah salah?, Abu Hanifah menjawab : “Tidak, dan aku mengharap semoga dia diberi pahala yang besar”

Qadhi Ibn Al-‘Arabi Al-Maliki berkata : “Khilaf ulama tentang pembolehan seorang lelaki melihat kemaluan isterinya kepada dua pendapat, di antaranya adalah boleh, kerana jika bermesraan dibolehkan, maka sekedar memandangnya adalah lebih dibolehkan.
Asbagh dari kalangan ulama Malikiyah mengatakan: “Suami boleh menjilat (dengan lidahnya) faraj isterinya”

Dalam kitab Mawahib Al-Jalil Syarah Mukhtashar Khalil Asbagh ditanya: “Orang ramai memakruhkannya?, Dia menjawab: “Orang yang memakruhkannya dari segi kesihatan bukan dari segi ilmu, tapi ia tidak mengapa dan tidak makruh”

Ada juga diriwayatkan dari Imam Malik bahawa dia ada berkata: “Tidak mengapa (suami) melihat kemaluan isterinya pada masa berjima”, dan dalam riwayat yang lain dia menambahkan “dan (boleh) dia (suami) menjilatnya dengan lidahnya”.

Al-Fananiy Al-Syafi’i mengatakan “Suami boleh bermesraan dengan isterinya dengan segala bentuk kemesraan selain duburnya, sekalipun dengan menjilat klitorisnya”

Al-Mardawi Al-Hanbali dalam kitab Al-Insaf mengatakan “Al-Qadhi berkata dalam Al-Jami’e: “Boleh mencium kemaluan isteri sebelum jimak, dan makruh selepasnya (jimak), dan isteri pula boleh menyentuh dan menciumnya (kemaluan suami)”

Tetapi jika cara yang seperti itu diyakini menyebabkan penyakit atau menyakiti pasangan, maka wajib menghindar dari cara yang demikian, berdasarkan hadis Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam “Tidak (boleh) ada bahaya dan membuat bahaya” (H.R.Ibnu Majah).

Begitu juga apabila salah seorang pasangan merasa tidak selesa dan mengelak daripada cara itu, maka wajib meninggalkannya, berdasarkan firman Allah swt. “Dan bergaullah dengan mereka secara patut” (Q.S.Al-Nisa’:19)

Maka dalam perkara ini setiap pasangan mestilah menjaga dan meraikan matlamat asal daripada hubungan utama antara suami isteri, iaitu “hubungan intim yang berterusan untuk selamanya” .

Jadi hukum asal pada pernikahan adalah “Untuk Selama-lamanya” yang mana Allah swt. telah mengatur aqad ini dengan peraturan dan panduan yang akan mempereratnya dengan hal-hal yang bersesuaian dengan syara’ bukan dengan perakara yang berlawanan dengan syara’, di antaranya ialah pembolehan bermesraan di antara suami isteri.

Namun demikian suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan hubungan yang berbentuk luar fitrah kebiasaan, dan isteri boleh menolak perkara tersebut.

Allah SWT berfirman, maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah (ibarat) tanah perkebunanmu” (Q.S.Al-Baqarah:223) yang memberi isyarat bahawa jika suami mau menanam benih di ladangnya, maka benih tersebut mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya bercucuk tanam.

Suami pula dinasihatkan agar mereka tidak memperlakukan isterinya seperti orang-orang kafir melakukannya terhadap pelacur-pelacur. Ini adalah suatu yang sangat dikesali.

Isteri yang muslimah adalah mulia dengan keimanan dan keislamannya, mulia dengan hubungan rumah tangganya, sebagaimana yang dinamakan oleh Allah SWT. sebagai “Mitsaqan Ghaliza” (Q.S.Al-Nisa:21) iaitu “Janji Yang Kuat”, begitu juga Nabi Sallallah ‘Alaihi Wa Sallam menyifatkannya sebagai “Amanah Allah” (H.R.Muslim), maka adalah suatu yang wajib ke atas suami supaya memperlakukan isterinya dengan tujuan yang termulia, bukan sekedar untuk pemuas nafsu sahaja. Wa Allahu ‘Alam.

Untuk lebih jelas anda boleh rujuk:
http://www.zaharuddin.net/content/view/660/95/

Baca Sepenuhnya/Read Full Post...

AL-QUDS ... BUMI JIHAD DAN PERJUANGAN


Al-Quds dalam Aqidah Islamiyah mempunyai kedudukan agama yang tinggi. Oleh sebab itu setiap individu Muslim tidak ada sebarang halangan untuk membela Al-Quds, bersemangat untuk memperjuangkannya dan mempetahankan kawasan, kemuliaan, dan tempat-tempat sucinya, dan mengorbankan jiwa raga untuk membelanyanya dan menghalang musuh-musuhnya.



http://www.qaradawi.net/site/topics/index.asp?cu_no=2&temp_type=44

Baca Sepenuhnya/Read Full Post...